Terma dan Syarat

 
 
Pendaftaran dengan PUSPAL adalah terbuka kepada semua organisasi yang sah dan didaftarkan di Malaysia yang terlibat secara langsung dengan pihak dari luar negara di dalam menguruskan permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara di negara ini.
 
Setiap organisasi yang membuat pendaftaran dengan PUSPAL secara online ini adalah dianggap telah membaca dan memahami, sekaligus bersetuju untuk terikat dengan syarat dan peraturan yang termaktub di dalam Tatacara Permohonan Serta Garis Panduan dan Peraturan PUSPAL dan sebarang pindaan sekiranya ada dari masa ke semasa seperti yang digariskan oleh pihak PUSPAL.
 
Untuk meneruskan permohonan pendaftaran organisasi, anda dikehendaki untuk melengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam borang pendaftaran organisasi secara online melalui sistem ePUSPAL ini dan seterusnya menghantar dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan dengan segera kepada PUSPAL.
 
Peringatan :
 
1. Pihak PUSPAL hanya akan memproses permohonan pendaftaran yang telah lengkap diisi (medan wajib bertanda *). Pihak organisasi perlu menghubungi / akan dihubungi oleh pegawai PUSPAL melalui telefon untuk membuat pengesahan pendaftaran.
   
2. Sebaik sahaja pendaftaran organisasi anda telah disahkan, anda boleh menggunakan sistem ePUSPAL untuk membuat permohonan aktiviti Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara.
   
3. Pastikan pihak anda menyimpan maklumat pendaftaran organisasi, nombor Daftar PUSPAL, nombor Rujukan Fail KPKK serta ID Log Masuk dan Kata Laluan yang telah didaftarkan untuk kemudahan anda.
   
4. Semua dokumen sokongan hendaklah dihantar ke kaunter PUSPAL sebaik sahaja permohonan pendaftaran dan persembahan telah dihantar secara online, ke alamat berikut :-
   
  Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara
Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (Kebudayaan)
Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia
Aras 24, Kompleks Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4,62100 Putrajaya
Tel : +603 - 8911 5356         Fax : +603 - 8911 5360
   
Jika anda tidak menyerahkan dokumen-dokumen sokongan sama ada semasa pendaftaran organisasi ataupun semasa membuat permohonan Penggambaran Filem atau Persembahan Artis Luar Negara, ini akan mengakibatkan permohonan tersebut tidak akan diproses.
 
Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan pihak PUSPAL dengan menggunakan talian yang dinyatakan
 
Tidak Setuju     Saya Setuju